Selasa, 9 Mac 2010

Projek Baru - Tampalan Hati Ibu (2)








Projek untuk Baby Bedsheet Set Tampalan Hati Ibu ni berjalan lancar. Alhamdulillah. Tapi, hanya separuh siap iaitu sarung bantal. Tilam besar, tilam kecil dan bantal peluk masih dalam pembikinan. Dengan sedikit kerajinan dan kegigihan, maka siap jugak jahitan tangan menggunakan konsep tampalan atau juga disebut kolaj atau collage dalam Bahasa Inggerisnya.

Untuk projek percubaan ni, kami hanya menggunakan bentuk hati/heart yang sesuai dengan nama yang diberikan. Mungkin untuk projek akan datang, kami akan cuba pelbagaikan corak-corak lain dengan bentuk-bentuk yang pelbagai dan lebih menarik dipandang mata. InsyaAllah, akan diusahakan.