Selasa, 13 April 2010

Khamis, 8 April 2010

Projek Baru - Tampalan Hati Ibu (3) - Complete




Projek untuk Baby Bedsheet Set Tampalan Hati Ibu sudah pun siap. Alhamdulillah, hasil usaha titik peluh sendiri, projek dapat dilaksanakan dengan jayanya. Jadi, enjoy the photo ok..

Selasa, 9 Mac 2010

Projek Baru - Tampalan Hati Ibu (2)








Projek untuk Baby Bedsheet Set Tampalan Hati Ibu ni berjalan lancar. Alhamdulillah. Tapi, hanya separuh siap iaitu sarung bantal. Tilam besar, tilam kecil dan bantal peluk masih dalam pembikinan. Dengan sedikit kerajinan dan kegigihan, maka siap jugak jahitan tangan menggunakan konsep tampalan atau juga disebut kolaj atau collage dalam Bahasa Inggerisnya.

Untuk projek percubaan ni, kami hanya menggunakan bentuk hati/heart yang sesuai dengan nama yang diberikan. Mungkin untuk projek akan datang, kami akan cuba pelbagaikan corak-corak lain dengan bentuk-bentuk yang pelbagai dan lebih menarik dipandang mata. InsyaAllah, akan diusahakan.

Selasa, 23 Februari 2010

Projek Baru - Sisipan Kasih Ibu


Juga Projek terbaru berinspirasikan Kasih Sayang Ibu. Baby Bedsheet yang menggunakan warna Biru sebagai basic, dan sisipan kasih menggunakan benang brown. Kerja yang agak mencabar kerana memerlukan perhatian yang cukup dan kesabaran yang tinggi :)..

Projek ini juga masih diperingkat awal pembikinan..update susulan akan dimaklumkan kemudian..insyaAllah..semoga segalanya berjalan lancar.

Projek Baru - Tampalan Hati Ibu



Projek jahitan untuk Baby Bedsheet Set terbaru menggunakan jahitan tangan dan teknik kolaj. Mudah-mudahan projek dapat dijalankan dengan jayanya..InsyaAllah..

Projek dinamakan "Tampalan Hati Ibu" adalah mengambil inspirasi serta kreativiti Ibu kami sendiri yang memberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan projek ini.

Projek "Tampalan Hati Ibu" ini menggunakan tema warna purple sebagai basic dan brown untuk tampalan hati (heart). Projek masih lagi diperingkat awal. Akan di update dari masa ke semasa.